Saturday, April 9, 2011

Ketahui sifat anda melalui jenis darah

KUMPULAN DARAH ‘O’
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Betul tak????

KUMPULAN DARAH ‘A’
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Aku darah O...so jgn salahkan aku kalau aku tersombong ..hahaha..tu sebab darah aku jer..kui kui kui...

Thursday, March 10, 2011

Apa yg aku nak buat lagi...??? dan lagi...????

1. Habiskan belajar MBA
2. Nak ada baby
3. Habiskan bayar savvy lagi 2 tahun
4. Jual rumah kat bangi
5. Beli rumah kat Subang
6. Upgrade keta ke MPV
7. Nak ada second baby
8. Nak sambung phd

banyak nyer..dan aku tgh cari ustazah yg boleh ajar mengaji Al-Quran dgn betul...

banyak tak banyak plan aku...rasanya semua nie akan ambik brapa lama baru bleh selesai?????

entah aku pun tak tahu...yg akau tau semua nie kena buat...kih kih kih kih

eMBA

Lagi satu subjek aku dah habis 3rd sem...cepat betul masa berlalu. Final sem start lepas raya...so aku akan ada 4 bulan punya lama mid term break..yippiiieeee. dah lama aku nak menghirup udara segar hujung minggu di mall-mall, pasar-pasar, taman-taman dan seumpamanya....dah setahun setengah menghirup udara hujung minggu kat UiTM..huhu...tak leh nak bayangkan perasaan aku yg sgt tak sabar2x nak habis belajar..penat toksah nak cakapla...malas jer nak pikir...go on and go on jer...

Kalau boleh aku nak score untuk subjek subjek yg akan dtg nie..nak naikkan balik pngk drp 3.6+ ke 3.75+..hehehe..macamla kalau dapat MBA aku bleh naik gaji...huhu..tapi mana tahu kan...rezeki Allah nak bagi...

lepas eMBA apa pulak ek??? lecturer aku kat UiTM Shah Alam ajak buat pHd 3 thn tanpa perlu buat master..course nutraceutical...kalau berjaya habis aku bleh dapat tittle 'doktor'....best kan...hmmmmm aku sgt minat...tapi seperti biasa aku tak nak terburu-buru...aku dah plan banyak..n perlu laksanakan one by one...sampai masa aku nak buat..letihla kerje kilang nie..kalau ada kelulusan lain bleh jadi lecturer ke apa ke...

kenaikan yang tak dijangka

Hmmm...rasa cam tak percaya plak hari nie...tetiba bos kasik surat revision tittle daripada Manager II, Regulatory Affairs kepada Manager I, Regulatory Affairs...sepatutnya aku kena naik Senior Manager II, Regulatory Affair baru bleh naik ke post aku sekarang nie...hmmm...maybe dah rezeki kot..terharu sgt sebab bos beri kepercayaan kat aku...semoga aku tidak menghampakan harapan bos aku..(agak-agaknye apa yg dia harapkan adri aku ek????) hehehe...

Memang rezeki bakal adik Adam la kot dgn apa yg aku dapat hasil dari kerja keras aku selama nie...tapi semoga aku tak lupa bahawa semua ini perlu diseimbangi dgn pencapaian ukhrowi...InsyaAllah..

Thursday, February 3, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Semoga Allah mempermudahkan segalanya..

Aku amat teruja dengan kedatangan tahun 2011 bukan apa..aku dah lama nakkan baby tapi sebab banyak sgt perancangan yang telah aku atur perlu diselesaikan satu persatu..aku tak nak buat semua benda sekaligus dan akhirnya semua benda pun kucar kacir..huhu..

Benda last dlm list aku adalah MBA. Aku nak ada baby sesudah hbis belajar in which jatuh tahun nie..that's why aku sgt gumbira dgn kedatangan 2011. Sebelum nie aku selalu je diberitahu yg Adam suke tolak baby dan sgt x suka dgn baby kat Taska die..tapi sejak dua menjak nie pengasuh dia yg Adam panggil mak cakap yg Adam sudah mula suka baby...kalau ada baby menangis kat Taska dia akan tolong pujuk and carikan puting...berbunga-bunga hati aku dengar...excited pun yer...sayang kat Adm pun yer..hehehe...sweet la perasaan macam nie..hubby pun excited bila sampai this yr....hehehe

tapi aku mesti jaga-jaga sb aku x nak terawal plak..ikut perancangan aku at least aku habiskan 3rd sem baru betul2x ready...third sem habis bulan 5..tapi lps tu puasa...so elok kalau habiskan bulan puasa dulu baru boleh conceive...skrg wat preparation jer...

Apa preparatio aku...first and foremost of course menyapu cream anti-stretch mark kat perut, peha and b****t. Nie aku dah start dr last year lg..tapi on off..this year aku sapu hari-hari termasuk weekend. Aku alternate dgn olive oil and cocoa butter. Amalan nie sgt ptg untuk mengelakkan dpt orange peal punye parut.

Lain-lain amalan:
1. Folic Acid
2. 21 biji kismis waktu pagi sebelum sarapan
3. Air suam kosong lepas bangun tidur
4. Vitamin E 400iu sehari
5. vitamin c 2000mg sehari
6. stop semua JUNK FOOD, caffeinated and carbonated beverages
7. Makan sebnayak mungkin buah-buahan

kalau dah pregnant nanti aku nak tambah
1. Buah delima sebiji sekali sehari
2. Kurma/buah tin sebiji sekali sehari
3. Air soya
4. Air susu segar
5. Air kelapa
6. Air Barli
7. Surah Maryam dan Yusof - start 2-3 bulan sebelum conceive and sampai labor..
6.Brokoli /tomato

wah semangat betul aku kali nie...hehehe..maklumlah...aku udah windu sgt bau baby nie...windu sgt. Oh ye lagi satu aku x nak stress stress...x baik untuk kesihatan..yeah..so aku kena lebih banyak positif emosi cam senyum, sengeh dan seumpamanya..Ya Allah ya tuhanku aku mohon dipermudahkan segalanya...Amin

Sunday, January 9, 2011

Tinta Emas : Parent's Orientation Day

Aku betul-betul salute dgn Tinta Emas punye management..sgt perihatin. I sgt support program-program macam nie esp utk young parents macam aku n hubby. Sometimes we need additional information and experience-sharing drp qualified sources..Now baru aku tahu yg tinta emas di asaskan oleh Muslimah dr Singapore sejak 11 tahun dulu..pengasas dia turut datang mengajar dan memantau perkembangan tadika-tadika tinta emas yang terletak kat subang jaya and shah alam. Dia sgt perihatin terhadap perkembangan murid sampaikan dia akan mengenakan tindakan pd parents yg tak join lansung aktiviti tadika and dia limitkan kelas x lebih 15 org setiap kelas.

Tadi parents di perkenalkan dgn lebih lanjut mengenai silibus pembelajaran dan aktiviti yg akan dijalankan sepanjang 2 semester contohnya 2 kali lawatan sambil belajar ke kilang roti lagi satu x sure. Lawatan doktor dan jururawat untuk dental treatment, ada optional programs during school holidays, ada remedial classes kalaus tudent lemah any subject, ada kelas ganti untuk student yg cuti sakit, ada sports day, graduation day, concert day, report book day and photography session..sonok aku dengar... At least Adam boleh belajar dan mengenal dunia pembelajaran....maklumlah bagi org bekerja mcm aku n hubby mana ada masa nak spend untuk anak sgt..huhu..

Oh lupe since tadika Tinta Emas nie terletak di Double Storey Semi-D space dia sgt luas..so hari Isnin ada riadah, hari lain ada short outdoor session mcm gardening. In-door aktiviti plak macam kraft and art lepas tu cooking..... bagus sgt aktiviti dia. Td aku nampak ada satu bilik dipanggil sick room kalau ada student jatuh sakit atau demam waktu sekolah lengkap dgn first aid kit and ada gak insurance coverage. No wonderlah dia punye fees sgt mahal. Joining fee jer RM 1500, RM 260 per month and RM500 second semester fee. To me, as long as the service is good aku x kisah mahal sikit pun..tulah untungnyer anak jarak jarak..kekekeke...

Anyway sebagai mak bukan harap Adam jadi pandai. Pandai itu diukur bila dia dah kerje nanti...time tu baru kita boleh cakap samaada seseorang tu berjaya ke tak...apa yg aku harapkan dia sihat, happy and 'grow'.... =)
Aku percaya, kepercayaan sebenar kita ialah bila graph pencapaian kita dalam semua aspek kehidupan sentiasa dalam trend naik and bukan menurun or flactuates...walaumacamanapun perjalanan hidup setiap manusia adalah berbeza-beza dan kita kena bersyukur dgn setiap apa yang kita miliki.

To Adam, mama harap di akan excellence in his live from now on...InsyaAllah.